Thursday 20 November 2008

Roping in the "Pribumi" for Legitimacy?

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Another Brick in The Wall had this post on Perkasa's declaration at a forum which was strangely called "Hak-Hak Pribumi dalam Perlembagaan"- which I saw as an attempt at upping the ante on the seige mentality of a racist ruling elite.

This time though, they have roped in the "Pribumi" of Sabah and Sarawak (they forgot about the West Malaysian Pribumis, apparently), to justify their claims of an "attack" on their well being.
As such they have conveniently declared themselves as "Pribumi" on their Logo.
Their concerns were purely ethnocentric, although they did insert some decent suggestions for good measure. Upon reading the declaration, one could be forgiven if he thought that we were in the midst of a real war, should the reader not be aware of the intentions of certain sectors.

They have managed to insert a few decent suggestions on the supremacy of the Federal Constitution (probably as 'flavouring'), while highlighting their fear of an apparent psychological war that apparently intends to deprive them of their rights!! They have this perception that they are under attack, and thing will fall apart without the racism, the NEP crutches and the corruption that have kept them afloat, while depriving citizens of their rights.

The Ketuanan Melayu is apparently misunderstood - and they now, (just like every other defensive spin-doctoring Umno apologist who attempts to redifine, rearticulate and re-present such a "noble idea") have the real meaning of it at last. It is supposedly something that's "melalui ketuanan berhemah"- somewhat like "through compassionate supremacy" .....
Yesss - At last, all Malaysians can be proud of this oxymoronic fascist concept!!!
They probably also believe that the repeated calls to "bathe the kris in chinese blood" by some Umno head honchos, was misundertood too.
While stressing on these apparent fears, they surprisingly haven't mentioned anything about "Ketuanan Pribumi" - but strangely, mentioned the need for "Negara Bangsa Malaysia".

With all the lawyers in their midst, never once have they spoken of the need for freedom, democracy, the doctrine of separation of powers or equal rights. Never have they requested that evil laws that rob the people of their rights be repealed or reviewed. Never have they demanded that sunset clauses be inserted to emergency laws. Nothing of the sort.

But of course they need to address everything from the perspective one who desires a people divided and classified by race.They only stress on race.
That's all that they seem to care about.

While they go on harping on racism and their "Pribumi-ness", little do they realize that a vast majority the Pribumi of Sabah/ Sarawak (at least the ones online and the ones I have spoken to) wouldn't want to have anything to do with these guys who have raped and plundered their lands, while stripping them of their rights (maybe Project M will ring a bell ...).
Anyway, I find it strange that these Pribumis of Sabah/ Sarawak - a great many of them non-Muslims - would want to work with the Muslim Lawyers Association to defend their rights!
****************
**A message for Perkasa before the declaration below -

Below is the declaration of Perkasa taken from Another Brick in the Wall
(minor typo editing & bold italics, mine)
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

BISMILLAHIR-RAHMANIR-RAHIM

1) MENGINSAFI BAHAWA kelangsungan dan kejayaan Persekutuan Malaysia akan sentiasa bergantung kepada kejayaan sebenar usaha-usaha pengisian Kedaulatan Melayu dan Pribumi dalam proses kenegaraan dan amalan masyarakat Malaysia;

2) MENYEDARI BAHAWA sebarang usaha untuk menafikan kedudukan, kuasa, wibawa, kepentingan dan peranan Kedaulatan Melayu dan Pribumi dalam proses kenegaraan dan amalan masyarakat Malaysia akan menghasilkan ketidaktentuan kepimpinan negara dan amalan politik yang tidak terarah dan lemah;

3) MENYEDARI BAHAWA ancaman-ancaman terhadap kelangsungan dan kejayaan Persekutuan Malaysia yang berteraskan kepada Kedaulatan Melayu dan Pribumi, telah dan sedang berlaku dengan hebat, tersusun dan menyeluruh, yang menuntut perjuangan dan tindakan-tindakan penentangan dari bangsa Melayu dan pribumi, serta masyarakat terbanyak;

4) MENGETAHUI BAHAWA kaum bukan Melayu di Malaysia memiliki jaminan hak dan kepentingan sah pada tahap paling tinggi di bawah perlindungan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong;

MAKA dengan berpandu kepada fakta-fakta yang benar, bukti-bukti sejarah dan bukti-bukti terkini dan hujah-hujah yang sah, KAMI Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dengan kerjasama Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia yang bersidang pada hari ini, 16 November 2008 bersamaan 18 Dzulkaedah 1429H, dalam wacana Hak-Hak Pribumi dalam Perlembagaan di Auditorium Memorial Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur, dengan tegas dan lantang menyatakan bahawa :

SATU - MENGGESA pihak kerajaan (persekutuan dan negeri ) agar sentiasa mendapatkan restu dan perkenan DYMM Raja-Raja Melayu bagi apa jua tindakan pentadbiran yang menyentuh atau berkaitan dengan hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan Pribumi di Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain;

KEDUA - MENGGESA semua pihak supaya menghormati semangat perlembagaan yang mendasari dan menjadi paksi kepada kedudukan Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan serta tidak melakukan sesuatu tindakan yang secara langsung atau tidak langsung menjejas dan menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Di atas semangat yang sama, kami menuntut dilaksanakan penggunaan sepenuhnya Bahasa Melayu dalam urusan perundangan dan kehakiman negara;

KETIGA - MENGINGATKAN bahawa peruntukkan asas perlembagaan adalah suatu piagam yang tidak boleh sama sekali di ubah, dipinda, dibuang, dimansuh atau dicabar secara sewenang-wenangnya. Ini kerana peruntukkan-peruntukkan asas tersebut bukan sekadar suatu dokumen undang-undang, tetapi ia mencatatkan dan melambangkan semangat permuafakatan dan kerjasama pelbagai pihak dan kepentingan;

KEEMPAT - MENCADANGKAN agar kedudukan tanah rezab Melayu dan regimen askar Melayu dimasukkan di bawah perlindungan Raja-Raja Melayu melalui pindaan kepada perkara 159 Fasal (5) dan perkara 10 fasal (4). Ini berdasarkan hakikat bahawa perlembagaan adalah suatu piagam yang di dalamnya terjamin maktub struktur asas Negara bangsa Malaysia ;

KELIMA - PERCAYA bahawa fahaman ketuanan Melayu sering disalah tafsir sedangkan ianya adalah satu hakikat sejarah bahawa orang Melayu dan pribumi lainnya adalah tuan rumah asal negara ini. Pembuktian mengenai faham ketuanan ini secara langsung telah dilambangkan melalui institusi Raja-Raja Melayu melalui ketuanan berhemah seperti yang terjamin maktub di dalam perlembagaan persekutuan. Justeru, itulah seluruh peruntukkan dalam perlembagaan Raja Melayu dan pribumi tidak boleh dipertikaikan;

KEENAM - MENGUSULKAN agar beberapa peruntukkan khas perlu diadakan dan dilindungi di bawah perlembagaan bagi memelihara dan memajukan kedudukan dan kepentingan golongan yang daif dan miskin secara saksama tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama;

KETUJUH - MENGGESA agar semua rakyat, terutamanya generasi muda serta pemimpin semua peringkat, wajib memahami isi kandungan serta peranan perlembagaan dalam menjamin ketenteraman dan keharmonian Malaysia sebagai sebuah Negara bangsa. Untuk itu kerajaan pusat dan negeri harus mewajibkan kefahaman ini kepada kumpulan sasar melalui sistem pendidikan atau kursus-kursus khas seperti pusat latihan khidmat Negara ;

KELAPAN - MENGGESA agar semua parti politik dan badan-badan bukan kerajaan agar mengakui dan menerima peruntukkan-peruntukkan yang berkaitan hak-hak keistimewaan kaum melayu dan bumiputra serta kepentingan-kepentingan sah kaum lain serta tidak mengeksploitasi peruntukan di atas bagi maksud-maksud sempit sehingga menggugat keharmonian dan kestabilan Negara bangsa.

Menginsafi dan menyedari bahawa perjuangan mempertahankan yang hak dan benar dan memperkasakan Kedaulatan Melayu dan Pribumi memerlukan beberapa tindakan segera, maka KAMI mengesyorkan :

(i) Supaya dirangka dan dilaksanakan satu program raksasa memberi pendidikan dan memasyarakatkan, berdasarkan kumpulan sasaran yang ditetapkan akan kedudukan, kuasa, wibawa, kepentingan dan peranan Kedaulatan melayu dan pribumi dalam proses kenegaraan dan amalan masyarakat Malaysia, di mana Institusi Raja-Raja Melayu mohon Menjungjung Kasih akan berperanan sebagai Penaung dan Penasihat;

(ii) Supaya diambil tindakan menyusun
kurikulum program pemasyarakatan ini secara lengkap dan kaedah penyampaiannya ditentukan supaya berkesan ditahap di mana kumpulan sasaran berupaya menjiwainya;

(iii) Supaya disusun strategi yang menyeluruh dan bertindak secara bijaksana dan berkesan bagi
mengalahkan peperangan psikologi dan saraf, usaha-usaha halus dan terang-terangan penghakisan dan pengkhianatan terhadap asas-asas, struktur-struktur dan kekuatan Kedaulatan Melayu;

(iv) Menggesa pihak yang bertanggungjawab agar
merangka pelan-pelan dan jangkamasa tindakan serta pengukuran kejayaan terhadap usaha-usaha memperkasakan hak-hak istimewa bangsa Melayu dan pribumi serta mendapatkan pandangan dan maklum balas dari Duli-Duli Yang Maha MUlia Raja-Raja Melayu selaku Penaung dan Penasihat, dan melaksanakan semua pelan-pelan tindakan ini sehingga berjaya.

KUALA LUMPUR
16 November 2008/ 18 Dzulkaedah 1429H

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$